Posts

Showing posts from April, 2013

Apa lagi yang belum kita laksanakan?

Kita harus mengenal diri dengan baik. Faham akan dari mana kita datang, ke mana akan kita tuju dan apa peranan yang harus kita laksanakan. Kefahaman kita akan tertonjol melalui tindakan kita. Jika kita salah memahami tujuan hidup, peranan kita dalam hidup, kita akan cenderung sentiasa tersilap langkah dalam kehidupan. Paling tidak, kita akan merasa betul melangkah di laluan yang salah. Ternyata manusia punya sangat banyak tanggungjawab pada hakikatnya. Banyak aspek yang harus diberikan perhatian. Terkadang kita tertumpu pada memenuhi sebahagian aspek dan menghabiskan banyak masa dan tenaga untuknya. Apatah lagi kalau ia hanya melibatkan aspek keperluan hidup yang tidak pernah selesai sehingga kita mengabaikan peranan pokok manusia diciptakan. Sebanyak manapun yang telah kita lakukan, lebih banyak sebenarnya yang belum kita laksanakan. Baik disebabkan oleh terhadnya kemampuan daripada apa juga sudut diri kita, atau kerana lalainya kita dengan kesibukan memenuhi keperluan atau kehendak...

Menerima hakikat diri

Kita adalah manusia yang bersifat lemah, penuh dengan kekurangan-kekurangan.seandainya Allah memaparkan segala kelemahan kita di hadapan manusia, nescaya kita tak akan mampu bertemu dengan mereka kerana malu yang tak tertanggung. Allah yang Maha Penyayang menutup kelemahan-kelemahan kita. Kita amat berharap Allah mengampuni segala kesalahan kita dan menutupnya juga di hari kebangkitan. Kesombongan akan menjadikan manusia hina, sebagaimana Firaun dan Qarun, atau Abu Jahal dan Abu Lahab. Mereka tidak mahu menerima hakikat manusia yang sentiasa harus bergantung kepada Allah. Jika kita mengikut rentak mereka, kita juga akan mengalami kesudahan yang sama. Rasulullah manusia mulia bahkan sebaik baik makhluk. Namun ketika masyarakat Thaif menolak dakwah dan menghalau baginda, baginda mengangkat tangan penuh khusyuk di hadapan Rabb mengadu akan kelemahan diri dan mengharap redha Ilahi. Kita, tidaklah lebih baik daripada Rasulullah, bahkan lebih patut mengharap redha kerana tiada jaminan akan...

Pelajaran Daripada Pernikahan 10 - Mengutamakan Proses, Bukan Natijah

Image
Rumahtangga: Tangga menuju rumah di syurga atau neraka? Kita terkadang terlalu fokus kepada sesebuah natijah. Natijah yang ideal. Jika natijah itu tidak kelihatan, kita akan punya banyak rungutan.  Isteri tidak tahu menjaga hati suami, suami tak pandai urus kewangan, isteri tak pandai layan suami, suami tak sensitif dengan emosi isteri, isteri malas memasak.  masing-masing selalu kecil hati dan terasa, masing-masing meletakkan sebuah natijah yang diinginkan daripada sebuah rumahtangga dan memaksakan pasangan untuk memenuhi kriteria yang dikehendaki,  sekarang juga! Proses itu lebih penting, kerana ia yang akan  melahirkan  sesebuah natijah dengan izin Allah. Rungutan tidak mengubah keadaan jika tidak disusuli dengan usaha membuat perbaikan. Di sinilah letaknya elemen  saling membantu  antara suami isteri, ke arah kebajikan dan taqwa. Membantu untuk sama-sama mencapai natijah yang sama-sama kehendaki. Saling membantu dalam suasana tarbawi dan suasa...