Posts

Showing posts from October, 2012

Kembalikan Hak Cinta

Image
Adakah kita memahami hak-hak cinta? Jika masih samar, maka kita akan mudah tergelincir ke dalam tindakan mengkhianati hak-hak cinta. Pengkhianatan terhadap hak-haknya adalah sesuatu yang zalim dan salah. Segala tindakan atau perbuatan yang mencerminkan sebuah pengkhianatan hak-hak cinta juga menjadi tindakan yang salah. Hak cinta perlu dikembalikan, agar ia membina, bukan memusnahkan . Agar ia membuat kita teguh dalam kebenaran, bukan hanyut dalam kemaksiatan . Orang yang menyalahkan cinta atas keterlanjuran dirinya sendiri, sebenarnya tidak pernah memahami apa itu cinta. Orang yang meraikan cinta sehingga memesongkan dirinya dalam kesyirikan telah salah memberi erti pada cinta. Akhirnya, hak cinta tidak tertunai. Mencinta Allah Melebihi Segalanya Hak cinta adalah mencintai Allah melebihi segalanya. Kita mencintai pemberi menjangkaui segala hadiah/pemberiannya. Pelik, bagi orang-orang yang melupakan pemberi dan berlebihan mencintai hadiah/pemberiannya. Allah adalah pemberi sega...

Al-Quran Adalah Sumber Tertinggi

Image
Bismillaahirrahmaanirrahiim. "Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman , dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang mengembirakan bagi orang-orang Islam." (An-Nahl: 102) "Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa " (Al-Baqarah: 2) Dua ayat di atas memberikan penjelasan bahawa Al-Quran ini adalah sumber keteguhan orang-orang beriman, petunjuk bagi mereka yang hendak bertaqwa. Ketika ia tidak lagi menjadi sumber kekuatan dan petunjuk yang menghidupkan dan memberi arah tuju kehidupan, maka yang perlu dipersoalkan adalah keimanan dan ketaqwaan kita. Bukan, bukan ada salahnya pada kitab Al-Quran yang mulia. Al-Quran yang kita baca hari ini adalah Al-Quran yang sama dibaca oleh ...

Membina Manusia Mengikut Acuan Islam

Image
Pembinaan manusia adalah sebuah proses yang sangat rumit, kerana manusia mempunyai seribu satu perangai yang tidak boleh dilayani dengan satu pendekatan yang serupa untuk semua orang. Membina seorang Muslim untuk menjadi seorang yang komited dengan Islam adalah sebuah proses yang sangat penting dan utama. Banyak perkara yang perlu dibentuk dan dibina sehingga seseorang itu benar-benar menjadi celupan Allah, masuk keseluruhan hidupnya ke dalam agama Islam. Mengabaikan proses pembinaan ini (yang juga lebih tepat disebut tarbiyyah ) bererti membiarkan dunia ini dimonopoli oleh manusia-manusia yang rosak dan tidak berakhlak. Ketika Muslim sendiri tidak lagi beriltizam dengan Islam, maka mereka pasti akan beriltizam dengan cara hidup selain Islam yang membawa kepada kehancuran kerana tidak teguh dan rapuh. Cara hidup yang paling tepat tentunya yang datang daripada pencipta manusia, Allah SWT. Matlamat kita jelas, meninggikan kalimah Allah SWT di seluruh muka bumi. Perjuangan ini haru...

Meraih Rahmat dan Cinta Ilahi

Image
Saya nak berkongsi suatu pengisian yang saya dapat daripada sebuah ceramah. Semoga bermanfaat untuk para pembaca. Mohon ditambah kalau ada yang kurang dalam perkongsian ini. Jika nikmat kurniaan Allah adalah berdasarkan kepada amal kita, sudah tentu kita akan gagal dan mengalami defisit amal. Amal kita langsung tidak setimpal dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Mampukah kita membayar nikmat Allah dengan amal-amal kita? Ketika seorang rahib memohon untuk masuk syurga dengan amalnya beratus tahun, Allah meletakkan sebelah matanya atas sebelah timbangan dan meletakkan segala amalnya di sebelah timbangan yang lain, ternyata timbangan itu lebih berat di bahagian mata. Itu baru nikmat mata, belum terbanding dengan segala nikmat lain yang dianugerahkan. Maka, kurniaan Allah itu adalah atas rahmat dan kasih sayang-Nya, yang menjangkaui kemampuan kita untuk membayar balik dengan apa jua amal. Sungguh, Allah benar-benar pemurah kepada hamba-Nya, sekalipun bagi yang ku...