Melangkah Walau Payah
Mahar sebuah kemanisan Semakin payah perjalanan, semakin manis kejayaan yang bakal dirasakan. Boleh jadi kemanisannya begitu signifikan sehinggakan kita lupa bahawa kita pernah melalui kepayahan sebelumnya. Mengharap pada sebuah perjalanan yang mudah selalu membuatkan kita kalah ketika kepayahan menjengah. Tujuan kita besar, matlamat kita hebat, namun langkah kita selalu tersekat kerana mengharapkan kejayaan yang dekat dengan perjalanan yang singkat. Keinginan untuk mencapai sesuatu yang kita yakini keutamaannya, harus sentiasa disertai kesanggupan menempuh segala kepayahan yang bakal muncul. Sang mentol lahir setelah begitu banyak siri kegagalan yang ditempuh Thomas Edison dalam upaya merealisasikannya. Namun, manisnya kejayaan beliau sampai boleh dikongsi dengan seluruh dunia. Nikmatnya ketika sampai di puncak gunung tak mungkin dirasai oleh orang-orang yang tidak cukup sabar menempuh keperitan mendaki. Ada satu ungkapan yang boleh kita renungkan, “it’s not only about the dest...