Posts

Showing posts from December, 2009

Bersandar Pada Kehebatan Orang Lain

Image
Ada orang berusaha keras untuk menjadi hebat, sementara yang lain hanya ingin dipandang hebat. Ada beza antara keduanya. Golongan yang pertama akan terus mengikhlaskan niat, mencipta kehebatan seperti dikehendaki Allah dan Rasul serta sentiasa sedar akan kelemahan diri dan memperbaikinya. Golongan kedua akan terus tenggelam dalam pujian dan pengiktirafan manusia. Merasa hebat, dipandang hebat, tapi indah khabar dari rupa. Selalunya orang yang ingin dipandang hebat hanya akan menyandarkan kehebatannya pada orang lain. Ertinya mereka sentiasa merasa kagum dengan diri sendiri padahal kehebatan sebenarnya terdapat pada orang lain. Mereka itu mungkin diri kita sendiri yang suka diiktiraf berdasarkan kepada orang-orang yang kita kenal, ataupun orang-orang yang mengenali kita. Misalnya kita dikenali oleh tokoh negara atau seseorang yang diketahui kehebatannya, kita akan mula merasa bahawa kita juga harus menerima pengiktifaran yang sama. Kita mula berbicara “ah, aku kenal Menteri Besar ...

Watak dan Babak-babak Kehidupan

Image
"(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja." (An-Naazi’aat: 46) Perjalanan hidup ini terasa jauh, hakikatnya singkat. Entah, kadang sesuatu yang ingin dicapai terasa sangat jauh, sukar dan berliku. Namun sesuatu yang telah berlaku ibarat terlalu singkat, dekat dan masih diingat. Maha suci Tuhan yang menciptakan perasaan yang sukar untuk digambarkan. Tersembunyi dalam Hikmah Ilahi dan dada-dada orang berilmu. Entah berapa kali aku terjatuh, dan bangun. Entah berapa kali aku gagal, dan menemui kejayaan. Silih berganti. Ibarat malam dan siang, juga gelap dan terang. Apabila aku merenung sejarah hidup sendiri, terasa begitu hebat plot-plot dan babak-babak yang telah ditakdirkan Tuhan, Allah yang Maha Menentukan.

Perubahan Materi VS Perubahan Rohani

Image
Hijrah seringkali dikaitkan dengan perubahan. Segala paparan sejarah berkenaan dengan kisah hijrah boleh dikatakan sudah diketahui umum. Walaupun tak semua yang mengetahui secara terperinci atau memahami hikmah di sebalik setiap peristiwa, namun umum mengetahui bahawa kisah hijrah menggambarkan sebuah perjalanan yang penuh dengan pengorbanan. Perpindahan yang menggambarkan bukti keimanan dan keazaman dalam perjuangan. Apabila kita mengimbau kembali sirah berkenaan dengan peristiwa hijrah, kita akan menyedari betapa hebatnya nilai ketamadunan Islam yang dibina daripada kesungguhan dan pengorbanan. Tak kurang juga kehebatan daripada segi strategi dan politik. Hijrah adalah sebuah momentum yang bukan dongengan, tapi dilakarkan oleh Rasulullah dan para sahabat 1431 tahun yang lalu. Ya, kisah lama yang segar dalam ingatan buat orang-orang yang mahu mengambil pelajaran.

Hamba Yang Merdeka

Image
Kita hamba, kepada siapa? Kita sedang dijajah apabila menjadikan diri hamba kepada makhluk, hawa nafsu dan kebendaan. Sebaliknya, kita merdeka apabila menjadikan diri hamba kepada Allah. Hakikatnya, kita memang hamba Allah. Namun kita seringkali lalai dan diperhambakan oleh selain Allah. Islam datang dan memerdekakan manusia dengan menghapuskan perhambaan kepada makhluk dan selain Allah. Kelalaian kita menyedari hakikat ini menyebabkan kita sering merasa terpenjara, terikat dan terkongkong walaupun memiliki kebendaan yang hebat dan mampu memenuhi setiap keinginan diri. Persoalan kita hamba kepada siapa sudah lama terjawab. Sekarang kita harus membuat pilihan, sama ada ingin menjadi hamba yang ta’at atau yang ingkar. Apapun pilihan kita, ia sama sekali tidak menjejaskan Allah, penguasa segala hamba. Allah menawarkan kemerdekaan, jangan pula kita memilih keterikatan kepada makhluk dan kebendaan lalu meletakkan diri di dalam kebinasaan.