Kalau Bulan Bisa Berbicara
Suatu malam yang hening, saya mendapat mesej daripada seorang teman: “Salam…Dah tengok bulan?” Saya yang sedang sibuk melakukan kerja di dalam bilik tidak pula merasa terpanggil untuk segera keluar. “Kemudianlah tengok. Tak ke mana bulan tu” , hati saya mendesis. Selang beberapa ketika, suatu panggilan masuk, saya jawab. “Eh Zul, ada di mana? Cepat keluar tengok bulan!” wah, teruja sekali bunyinya. “Ok” , Saya lantas mematikan panggilan dan segera keluar dan memandang ke langit. Terlihatlah akan indahnya bulan, dilingkari satu bulatan ibarat spektrum cahaya pelangi. Cahaya mengelilingi cahaya. Sungguh indah dan mempesonakan. Tidak lama selepas itu, masuk lagi satu panggilan daripada seorang teman lain, “Zul ada di mana? Tengok tak bulan?” “Ya, dah tengok, dah ada orang beritahu tadi”.