Umat Dalam Satu Tubuh
Biarpun mereka tak berada bersama kita, namun mereka tetap sebahagian daripada kita. Biarpun kita tak pernah merasai apa yang mereka rasai, kita tetap sebahagian daripada mereka. Kita ibarat tubuh yang satu, saling melengkapkan antara satu sama lain. Kaki tak dapat melangkah tatkala badan lemah atau akal tak berfungsi. Itulah hakikatnya. Namun, realitinya lain, jauh berbeza. Kita tak pernah merasakan bahawa mereka memerlukan kita dan kita juga memerlukan mereka. Kita hidup seolah-olah mereka tidak pernah wujud ataupun tak bererti bagi kita. Bukan setakat tak ingin membantu, bahkan tak ingin langsung mengambil tahu. Siapakah mereka?
Rakyat Palestin
Isu Palestin sudah menjadi isu besar dalam dunia. Namun masih ramai yang tidak peka dan tidak tahu menahu langsung tentang pokok permasalahannya. Tidak ramai yang merasakan bahawa perjuangan rakyat Palestin ialah perjuangan bagi membebaskan Tanah Suci Umat Islam sedunia. Bahkan, orang-orang bukan Islam lebih terkehadapan dalam memberikan sokongan dan galakan kepada perjuangan rakyat Palestin. Tidakkah kita merasa malu dan terpanggil untuk bertindak?
Tak kurang juga yang mengatakan, “Biarkan mereka dengan kesengsaraan mereka. Padan muka! Siapa suruh bergaduh sesama bangsa? Sia-sia kita membantu, bukan ada manfaat bagi kita”.
Astaghfirullah…Bodoh lagi diperbodohkan. Begitukah kita? Bacalah wahai saudaraku dan lihatlah dengan mata hatimu. Jangan sampai kita yang ditimpa kesengsaraan nanti kerana membiarkan mereka dalam kesengsaraan.
Selatan Thailand
Kita mungkin tak mampu membantu, jangan sampai tak pernah ingin mengambil tahu. Apa yang berlaku di sana terkait dengan kita kerana kita adalah saudara mereka. Perjuangan mereka membebaskan negeri yang sekian lama terjajah diperlihatkan kepada kita seolah-olah seperti satu pemberontakan yang harus diperangi. Kita langsung percaya dengan desas desus yang meningkatkan api kemarahan kepada saudara sendiri dan mempercayai propaganda musuh-musuh Islam.
Kita tak ingin ke Masjid bersolat berjemaah dalam suasana aman negara kita ini. Namun mereka terpaksa menghadapi risiko sekalipun ketika sedang beribadah di Rumah Allah. Di mata kita mereka dilihat terbunuh, di hadapan Allah mereka hidup sebagai syuhada’ yang mulia. Tragedi 8 Jun 2009 di Narathiwat yang melibatkan pembunuhan 12 ahli Jemaah yang sedang solat di masjid menggambarkan betapa kita sedang diperangi oleh musuh Islam yang tak senang melihat kita aman.
Dan kita masih terleka dibuai keamanan dan ketenteraman…
Kisah Mereka dan Kita
Kisah ini bukan hanya kisah mereka. Ia adalah kisah kita. Kita yang sama-sama mengikrarkan Kalimah Syahadah dan sama-sama berikrar untuk mempertahankan agama Islam yang suci. Apalah erti hidup ini tanpa perjuangan menegakkan kembali agama yang tercinta. Apalah erti menyatakan kebanggaan menjadi Umat Islam tatkala tak ingin tahu tentang kisah Umat Islam yang lain.
Jangan sampai zon selesa menghancurkan matlamat dan cita-cita. Jangan sampai kemananan menggugat akidah dan keimanan. Rasulullah tidak membawa Islam untuk sesuatu bangsa dan menjadikannya terasing. Tetapi Rasulullah menyebarkan Islam ke seluruh dunia sebagai agama yang menyatukan seluruh Umat manusia dalam satu tubuh. Jika tidak, kita takkan merasai nikmat Iman dan Islam. Namun, setelah nikmat itu kita rasai, wajarkah kita menghkhianati Rasulullah dengan memisah-misahkan Umat Islam dan menjadikan mereka terasing daripada hidup kita? Jika kita cintakan Allah dan Rasul, maka cintailah Umat Islam di seluruh dunia kerana kita adalah umat dalam satu tubuh.
Banyak lagi kisah-kisah Umat Islam yang sedang menderita dan diperangi di seluruh dunia. Kalau kita tak peduli, ketahuilah bahawa kita berada dalam senarai berikutnya. Mungkin melihat Ibu-ibu dan anak-anak dibunuh di Palestin tidak berkesan sebagaimana melihat ia terjadi di depan mata, melibatkan ibu dan anak kita sendiri. Tatkala kita berteriak dan memohon bantuan, apakah perasaan kita apabila tiada sesiapa yang mahu membantu?
Wallahua’lam.

Comments
Post a Comment
Apa pandangan anda? Kongsikan bersama pembaca yang lain.