Tragedi 2 Jun 2009
Ini kisah benar tentang diriku. Mudah-mudahan menjadikan aku insan yang lebih bersyukur dan membawa pembaca menghayati erti kehidupan.
2 Jun 2009, Selasa – Petang Selasa itu aku menunggang motosikal menuju ke Terminal Makmur, ingin membeli tiket pulang ke Pulau Pinang Khamis malam dan membaiki handset. Tiba di terminal, aku langsung menuju ke kaunter bas Utama Ekspres. “Tiket Khamis malam ni ada tak bang ke Butterworth?”. “Ada, jam 9 malam. Berapa orang?”. “Seorang. Berapa ringgit?”. “Rm 51″. Setelah mendapatkan tiket, aku sempat mencari kedai untuk membaiki handset di bawah terminal. Kedai Hotlink. “Bang, nak repair handset boleh? masuk air”. “Hmm…ni kalau repair ni lagi mahal daripada handset second hand ni dik. Macam mana?”. Aku berfikir sejenak, “Tak apalah bang, terima kasih saja ya. Bagi saya charger motorola satu.” Aku membeli charger motorola untuk mengecas handset yang diberi pinjam sahabatku. Kemudian aku singgah di cybercafe bersebelahan terminal. Selesai urusan, aku turun ke Kedai Mamak Safwa, makan mee goreng mamak dulu. Enak. Setelah makan, sekitar jam 6.45 petang, aku langsung menunggang motosikal untuk pulang ke asrama di Indera Mahkota 2.
Dalam perjalanan, aku melepasi Masjid Tengku Ampuan Afzaan Indera Mahkota yang terlihat di sebelah kiriku. Kemudian aku ambil simpang kiri di simpang empat utama. Setelah membelok ke kiri, ada kereta keluar daripada simpang sebelah kiri jalan tidak jauh di hadapan laluanku. Simpang daripada jalan menghala ke Tunas Manja, Masjid Afzaan, tapak pasar malam dan juga Stadium Badminton. Aku terus menunggang pada kelajuan biasa. Kemudian ada lagi sebiji kereta laju seolah-olah ingin keluar daripada simpang kiri tersebut tapi berhenti memberikan laluan. Sememangnya laluanku. Secara spontan, aku menggerakkan motosikal ke kanan sedikit tanpa sempat memandang cermin pandang belakang. Jalan itu ada 2 lane.Tanpa kusedari, ada kereta laju daripada belakang bahagian kanan. Kalau aku memandang cermin pun takkan terlihat kerana dia sudah berada betul-betul di kananku. Ketika aku bergerak ke kanan, kereta itu terus melaju dan handle kanan motosikalku terkena sedikit pintu hadapan sebelah kiri keretanya dan…PRANGGGGGGGGGGG!!!!!
* * * * *
Mungkin begitu bunyinya ketika motosikalku terbalik sebelah kanan. Mungkin begitu bunyinya saat aku tercampak ke hadapan dan kepalaku terhentak ke jalan raya, lantas helmet berlubang dan terbelah dua. Aku terus berguling-guling di atas jalan raya dan motosikalku terus terseret ke hadapan. Dalam hatiku sempat terdetik “Ada kereta tak ni daripada belakang aku?”…Hanya Tuhan tahu bagaimana perasaanku ketika itu. Hanya dalam beberapa saat yang kritikal. Alhamdulillah tiada kereta daripada belakang. Setelah berguling-guling di atas jalan raya, aku sempat bangun dan terduduk di atas rumput tepi jalan. Melihat motorku yang tersadai di tengah-tengah jalan. Kereta tadi, yang seingat aku avanza warna hijau muda terus hilang daripada pandangan.
“Alhamdulillah, aku masih hidup dan terselamat!” Begitu rasa hatiku walaupun bercampur terkejut dan sedikit pedih. Aku meraba-raba poket. Dompet dan 2 Handset masih di situ. Baju dan seluar terkoyak sedikit. Ada seorang abang yang baik hati berhenti dan turun daripada motosikalnya untuk membantuku. Mengangkat motosikalku yang masih boleh hidup, dan membawanya ke tepi jalan. Cermin pandang belakang tercabut kedua-duanya. Aku bangun dan sempat tersenyum kepada beberapa orang pemuda yang baik hati sudi membantuku. “Terima kasih bang”. Setelah bersalaman dengan mereka, aku ingin terus pulang. “Eh, boleh ke ni? Pergi klinik dulu lah…”. “Tak apa bang, boleh boleh. Asrama saya dekat je depan ni. Terima kasih ya”. Aku meneruskan perjalanan dengan perlahan-lahan pulang ke asrama. Dengan tayar depan motosikal yang pecah dan gelong, namun masih boleh berjalan. Di dalam raga ada charger motorola, nombor plat belakang dan helmet yang terbelah dua. Aku Terkejut dan bersyukur.
Tiba di asrama, ada sahabatku Zakkirun menanti di bawah. “huish, apa sudah jadi ni?!”. “Accident”. Aku menjawab ringkas lantas naik ke bilik membiarkan mereka mengamati motosikal yang keadaannya agak teruk dibandingkan dengan manusia yang tidak seteruk sebagaimana layaknya jika melihat kepada motosikal tersebut. Aku menuju ke bilik air dan terus mandi…Auwww….Sungguh pedih. Setelah mandi, sahabat-sahabatku membantu mencuci luka dan azan maghrib kedengaran ketika itu. Setelah solat, sahabatku Azmir membawaku ke hospital dengan menaiki kereta sahabatku Mujahid. Sampai di hospital, aku diberikan suntikan Anti-Tetanus Toxoid (ATT) oleh Bro. Kamil (pensyarahku) yang kebetulan bertugas malam itu. Tanganku yang kelihatan bengkak di X-Ray. Alhamdulillah tiada yang retak atau patah. Ubat antibiotik dan pain-killer diberikan. Dapat MC sehari kebesokannya. Aku terus pulang, dalam hati masih terkejut dan bersyukur. Sungguh memeritkan malam itu untuk tidur…Hanya pada-Mu Ya Allah aku berserah, Engkau lah yang lebih tahu apa yang telah berlaku…
Tatkala kau merasakan kau mungkin pergi meninggalkan dunia, Dia masih menghidupkan dirimu dan memberi peluang untuk kau bertaubat…Apakah perasaanmu?

Comments
Post a Comment
Apa pandangan anda? Kongsikan bersama pembaca yang lain.