Adik beradik, bergaduh macam mana manapun suatu saat akan rasa rindu dan terkenang-kenang. Air dicincang memang takkan putus kata pepatah Melayu. Tepat sungguh. Manakan tidak, kita membesar bersama, keluar dari rahim yang sama, darah daging dari mak ayah yang sama, hidup bersama. Bila dah dewasa, boleh jadi makin renggang jarak, dan masing-masing dihadapkan dengan ujian-ujian yang pelbagai, mengambil pilihan hidup yang berbeza-beza. Boleh jadi juga berlaku salah faham bila masing-masing dah berkerjaya, berumahtangga, beranak pinak. Rasa tak selesa mungkin muncul bila adik-beradik bagi nasihat soal kehidupan peribadi kita, soal keluarga kita, kita rasa over protective. Rasa tak nak adik beradik ambil tahu hal diri, keluarga dan anak-anak... tak boleh nak masuk campur. Tetapi kalau kita letakkan kasih sayang itu sebagai pertimbangan asas, kita akan sedar yang hakikatnya adik-beradik ni nak yang baik-baik untuk kita. Tindakan dan kata-kata nasihat tu adalah demi kebaikan kita. N...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan. Wahai sahabatku, Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah.
Kita selalu fokus kepada apa yang kita mahu, dan berdoa kepada Allah agar diberikan apa yang kita inginkan. Apabila Allah belum makbulkan, yakinlah bahawa Dia lebih tahu. Sesungguhnya, Dia memberikan kepada kita apa yang kita perlukan, sekalipun kita sering meminta apa yang kita mahukan. Kita inginkan kesihatan yang berpanjangan. Namun, jika kesakitan itu lebih kita perlukan agar kita kembali ingat kepada Allah, maka Dia akan mendatangkan kesakitan. Kita mahukan kekayaan. Jika kekayaan itu buruk bagi kita dan membuatkan kita lupa kepada-Nya, maka Dia mendatangkan pula kesusahan. Sebagai seorang hamba, begitulah kita seharusnya menyikapi ketentuan Allah. "...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah, 2: 216) Betapapun anak kecil meraung-raung meminta agar ibubapanya menunaikan sesuatu yang sangat ia inginkan, ibuba...
like.: )
ReplyDelete