Melalui Detik-detik 'Down'
Memang langit tak selalu cerah. Secerah-cerah mentari menyinar, tak mustahil tiba-tiba mendung bertandang dan hujan lebat mencurah tanpa disangka. Suatu ketika saya mengikuti perkhemahan di Sungai Chamang, Bentong. Selesai semua peserta mengambil wudhu’ untuk Solat Subuh, tiba-tiba air deras datang, arus menggulung dan seketika itu juga warna air berubah menjadi sangat keruh berbanding sebelumnya. Begitu juga sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan peristiwa Tsunami yang sebelumnya tiada siapa dapat menjangkakan dengan tepat bahawa ia akan berlaku. Kejadian alam ini mengajar kita, memberi tanda akan Sunnatullah yang tak mungkin siapapun dapat menduga dengan tepat kerana ilmu itu hanya ada di sisi Allah. Perubahan boleh berlaku secara drastik dan begitu pantas.
Kehidupan kita ini adalah sebahagian daripada fenomena alam, kerana kita sendiri adalah sebahagian daripada alam. Kehidupan ini penuh dengan misteri yang tidak terungkapkan. Kalaupun boleh diungkapkan, belum tentu dapat difahami maknanya dengan tepat dan jelas. Ilmu tentang kehidupan manusia ini begitu luas dan terlalu hebat untuk difahami dalam kerangka masa hidup kita yang singkat ini. Allahlah yang mengetahui segala rahsia kehidupan. Seperti mana ketenangan-ketenangan yang berada dalam alam ini dapat berubah secara tiba-tiba menjadi sesuatu yang sangat menakutkan, begitu juga manusia itu dapat berubah secara tiba-tiba daripada tenang menjadi goncang.
Goncangan yang dahsyat yang berlaku dalam kehidupan kita mungkin menjadikan kita semakin bertenaga atau mungkin juga sebaliknya. Selalunya, kita bakal berhadapan sebuah keadaan yang kita sebut sebagai DOWN.
Apa juga istilahnya, down, futur, lemah semangat, tak bertenaga, malas, pening, keliru, putus asa, semuanya menggambarkan tentang suatu keadaan yang sangat menekan jiwa. Sesiapa sahaja pasti pernah merasainya sepanjang dia hidup, walaupun cara menghadapinya bagi setiap orang itu berbeza. Di saat down itu datang, kita merasakan bahawa kitalah yang paling teruk di atas muka bumi ini. Boleh jadi kita merasakan bahawa kita yang paling bodoh, paling hina dan paling menjijikkan. Suatu keadaan yang memang sukar untuk dihadapi dan berat untuk dirasai.
Lebih membimbangkan, keadaan ini boleh datang secara tiba-tiba, sangat tiba-tiba. Mungkin pada siang harinya kita masih bersemangat, bertenaga untuk hidup. Tiba-tiba, belumpun malam bertandang, kita boleh berubah menjadi down yang amat sangat sehingga kita tidak lagi menjadi diri sendiri. Seolah-olah kita menjadi orang lain. Perubahan itu terasa sangat drastik dan pantas. Segala-galanya dalam hidup ini dirasakan sangat kelam dan sangat suram. Yang ada hanya perasaan negatif yang membuatkan kita terus tertekan.
Down ini merupakan suatu penyakit yang sangat memberi kesan kepada kehidupan seharian kita. Ia sangat memeritkan. Kalaupun bukan bagi orang yang down, ia memeritkan bagi orang sekelilingnya. Seorang pelajar yang down secara tiba-tiba akan terus tidak hadir daripada kelas, sedangkan sebelumnya dia kelihatan normal dan tidak ada apa-apa. Tugasan-tugasan yang diberikan juga diabaikan dan menyusahkan para pelajar lain. Mungkin ini pernah berlaku kepada kita atau mungkin kita melihat sendiri pada kawan-kawan kita. Seorang pekerja akan terus ponteng kerja tanpa alasan yang jelas. Kerja pun tertangguh atau tergalas pada bahu orang lain. Seorang Da’i akan terus mengabaikan masyarakat dan anak-anak buah binaannya sehingga meninggalkan mereka terkapai-kapai seketika. Penatlah teman-teman seperjuangan yang lain mengambil alih tugasnya yang diabaikan.
Detik-detik down ini sangat menyakitkan. Ada yang akan kembali bertenaga dan ada yang akan terus down untuk suatu jangka masa yang sangat lama, sebelum dia benar-benar kembali bersemangat untuk hidup. Jika andalah orangnya yang sedang down, baguslah. Bagus kerana anda tahu bahawa anda sedang down. Carilah punca-punca yang menyebabkan anda down, dan berusahalah untuk kembali menemukan semangat hidup. Jika anda sedang berhadapan dengan orang yang down, janganlah menambahkan down lagi baginya, kerana dia memerlukan sedikit masa dan sedikit suntikan daripada anda. Ya, memang kita tak pernah meminta untuk down dan kita kalau boleh sedaya upaya tidak mahu down. Namun, begitulah kehidupan, hadapilah dengan tabah.
Dalam banyak keadaan, sabar adalah ubat yang paling mujarab dan pergantungan kepada Allah itulah yang akan memelihara kita.
Apa yang saya tulis ini adalah sebuah pengamatan daripada sebuah pengalaman, diri sendiri dan orang lain.

salam ziarah
ReplyDeleteSelamat berziarah mohammad said :D
ReplyDeleteDown = futur
ReplyDeleteSo doalah bnyk2 supaya Allah jaga kita...