Kuasa Taubat
Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terkini yang telah kita buat sebelum ini? dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan bahkan seketika tadi, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, namun sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?
Orang mukmin itu melihat dosa mereka seperti sebuah gunung yang akan menghancurkannya, sementara orang munafik itu melihat dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di mukanya, ditepis maka ia akan lari. Begitulah perumpamaan yang diberikan oleh Abdullah Bin Mas’ud. Persoalannya, bagaimanakah kita melihat dosa kita? Dosa kecil kita ringankan-ringankan. Namun kita lupa bahawa ia ibarat ranting kayu kecil yang jika dikumpulkan akan menghasilkan api yang begitu besar. Dosa besar malah kita kecilkan, maka dalam golongan apakah kita ini?
Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita termakan tipu daya syaitan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.
Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. Sangat besar pengampunan-Nya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada Allah. Kita mengeluh sendirian, “Ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus”, seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita?
Sesungguhnya Allah sangat mengasihi orang-orang yang beriman. Dalam suatu peperangan, pasukan muslimin mendapat banyak tawanan perang. Di antaranya terlihat seorang perempuan yang menggendong bayi dengan menunjukkan kasih sayangnya melalui pelukan, belaian, disusuinya dan sebagainya. Lalu Rasul SAW bertanya kepada para sahabatnya, “Bagaimana kiranya menurutmu, ibu tersebut, akan sanggupkah melemparkan anaknya ke dalam api yang menyala?” “Demi Allah tidak mungkin”, kata para sahabat. “Ketahuilah, Allah mencintai orang yang beriman lebih daripada ibu tersebut mencintai anaknya. Allah tidak mungkin melemparkan orang yang beriman ke neraka.”
Seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa, namun dia juga sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Firman Allah:
“…dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur: 31)
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya...” (Hud: 3)
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya)…” (At-Tahrim: Ayat 8 )
Lihat pula sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu membukakan tangan-Nya (kerahmatan-Nya) di waktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di waktu siang dan juga membukakan tangan-Nya di waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di waktu malam. Demikian ini terus menerus sampai terbitnya matahari dari arah barat (di saat hampir tibanya hari kiamat), kerana setelah ini terjadi, tidak diterima lagi taubat seseorang.” (HR Muslim)
Daripada sekian banyak nama-nama Allah, kebanyakannya terkandung pengertian kasih sayang dan keampunan. Renunglah dan lihatlah. Maka tatkala kita merasakan bahawa kitalah yang paling berdosa dan terlalu besar maksiat yang kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang paling wajib untuk kembali ke pangkuan Ilahi, bertaubat sepenuh hati. Ya, taubat itu bagi seorang Mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil. Hari demi hari, siang dan malam.
Maka, jangan tunggu dosa itu bertampuk dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat, teruskanlah taubat itu dan jangan lengah-lengahkan atau tangguhkan. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah. Allah tak mengira berapa kali kita sudah melakukan dosa tersebut, tetapi Allah pasti menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan lahir daripada sudut hati yang sedar akan kekuasaan Allah.
Taubat adalah jalan para nabi. Mereka adalah golongan terbaik yang Allah hidupkan di atas muka bumi. Nabi Adam telah bertaubat kerana memakan buah larangan di syurga lalu Allah terima taubat baginda. Nabi Nuh telah bertaubat kerana memohon Allah menyelamatkan anaknya yang kafir. Nabi Musa telah bertaubat ketika meminta untuk melihat Allah. Nabi Muhammad sendiri bertaubat lebih daripada 70 kali dalam sehari.
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya saya memohonkan pengampunan kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih daripada tujuh puluh kali.” (HR Bukhari)
Dari Aghar bin Yasar al-Muzani RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Hai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah pengampunan daripada-Nya, kerana sesungguhnya saya ini bertaubat dalam sehari seratus kali.”(HR Muslim)
Dari Abu Nujaid yaitu lmran Bin Hushain al-Khuza’i RA bahwasanya ada seorang wanita dari suku Juhainah mendatangi Rasulullah SAW dan ia sedang dalam keadaan hamil kerana perbuatan zina. Kemudian ia berkata: “Ya Rasulullah, saya telah melakukan sesuatu perbuatan yang harus dikenakan had (hukuman) maka tegakkanlah had itu atas diriku.” Nabi SAW lalu memanggil wali wanita itu lalu bersabda: “Berbuat baiklah kepada wanita ini dan apabila telah melahirkan (kandungannya), maka datanglah padaku dengan membawanya.” Wali tersebut melakukan apa yang diperintahkan. Setelah bayinya lahir, lalu baginda SAW memerintahkan untuk memberi hukuman. Wanita itu diikatlah pada pakaiannya, kemudian direjamlah. Selanjutnya baginda SAW menyembahyangi jenazahnya. Umar berkata pada beliau: “Apakah Tuan menyembahyangi jenazahnya, ya Rasulullah, sedangkan ia telah berzina?” Baginda SAW bersabda: “Ia telah bertaubat benar-benar, andai kata taubatnya itu dibahagikan kepada tujuh puluh orang dari penduduk Madinah, pasti masih mencukupi. Adakah pernah engkau menemukan seseorang yang lebih utama dari orang yang suka mendermakan jiwanya semata-mata kerana mencari keredhaan Allah ‘Azzawajalla?” (Riwayat Muslim)
Di antara dosa yang sangat besar adalah merasakan bahawa Allah tak boleh mengampunkan dosa kita kerana terlalu besarnya bagi kita. Bahkan dosa syirik juga akan diampunkan oleh Allah. Jika orang kafir masuk Islam, bukankah terpadam segala dosa-dosanya yang lalu walaupun dia telah melakukan syirik? Begitu juga dengan orang Islam, apabila melakukan syirik, perbaharuilah Iman dan kembalilah dengan sebenar-benar taubat. Jika syirikpun diampunkan Allah dengan taubat, adakah dosa yang lebih besar daripada syirik?
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.” (Az-Zumar: Ayat 53-54)
Para ‘alim Ulama’ mengatakan bahawa mengerjakan taubat itu hukumnya wajib daripada segala macam dosa. Jikalau kemaksiatan itu terjadi antara seseorang hamba dan antara Allah Ta’ala saja, yakni tidak ada hubungannya dengan hak seseorang manusia yang lain, maka untuk bertaubat itu harus menetapi 3 macam syarat, iaitu: Pertama hendaklah menghentikan sama sekali (seketika itu juga) daripada kemaksiatan yang dilakukan, kedua ialah supaya merasa menyesal kerana telah melakukan kemaksiatan tadi dan ketiga supaya berniat tidak akan kembali mengulangi perbuatan maksiat itu untuk selama-lamanya. Jikalau salah satu dari tiga syarat tersebut di atas itu ada yang ketinggalan maka tidak sahlah taubatnya.
Apabila kemaksiatan itu ada hubungannya dengan sesama manusia, maka syarat-syaratnya itu ada empat macam, yaitu tiga syarat yang tersebut di atas dan keempatnya ialah supaya melepaskan tanggungan itu dari hak kawannya. Maka jikalau tanggungan itu berupa harta atau yang semisal dengan itu, maka wajiblah mengembalikannya kepada yang berhak tadi, jikalau berupa dakwaan zina atau yang serupa dengan itu, maka hendaklah mencabut dakwaan tadi dari orang yang didakwakan atau meminta saja pengampunan daripada kawannya dan jikalau merupakan pengumpatan, maka hendaklah meminta penghalalan yakni pemaafan dari umpatannya itu kepada orang yang diumpat olehnya.”
Taubat yang benar-benar ikhlas akan mendapatkan ampunan Allah, bahkan Allah akan memadamkan terus dosa-dosa tersebut. Tidak seperti kita. Kita memaafkan tetapi kesalahan orang tak terpadam daripada ingatan. Selain itu, Allah akan menggantikan pula kejahatan-kejahatan tersebut dengan kebaikan.
Firman Allah: “Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan.” (Al-Furqan: 70)
Rasulullah SAW bersabda: “Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi)
Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, masukkan ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredhai Allah. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran Neraka, bahkan di jurang api neraka. Na’udzubillah!
“Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.” (An-Nisaa’: Ayat 27-28)
Kesimpulannya, bertaubatlah sekarang kerana mati itu datang secara tiba-tiba. Tatkala nyawa telah berada di kerongkongan, maka tak ada makna lagi taubat dan penyesalan.
Firman Allah:
“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan.” (Al-Munaafiquun: Ayat 11)
Selagi mata masih mampu menangis menyesali dosa, menangislah. Janganlah ia menangis di akhirat kerana dicampakkan ke neraka. Na’udzubillah.
Wallahua’lam.
Rujukan:
1. Riyadhus Solihin Imam Nawawi, Bab Taubat
2. Artikel “Makna Ujian” oleh Abdullah Gymnastiar
3. Ceramah Yassir Qadhi: “The Power of Repentence”

Comments
Post a Comment
Apa pandangan anda? Kongsikan bersama pembaca yang lain.