Tarbiyah dan Perjuangan
Pertarungan Internal dan External
Seorang Muslim itu membawa sebuah perjuangan yang sememangnya terkandung dalam syahadah yang diungkapkan, diyakini dan diamalkan.Pertarungan yang digalas di bahu seorang Muslim itu adalah sebuah kewajipan yang tidak terpisah daripada kehidupannya. Tahap pertarungan itu semakin bertambah tatkala gelar Muslim itu di upgrade menjadi Mukmin. Tidak ada pertarungan yang tidak bermusuh. Tentu ada musuh, baru ada perlawanan.Maka perlawanan yang sedang kita hadapi adalah melibatkan musuh luaran mahupun dalaman, external dan internal.
Musuh external ertinya segala ancaman atau tentangan yang datang daripada luar ketika kita mempertahankan dan menyebarkan kalimah syahadah, menyebarluaskan keimanan. Ia boleh jadi dalam bentuk individu atau berkumpulan, dalam bentuk ancaman fizikal atau serangan pemikiran. Boleh jadi juga serangan daripada luar itu melibatkan sebuah gagasan yang menyekat perjuangan kita. Dalam menghadapi serangan external ini, kita perlu benar-benar faham, teliti dan bijak. Adalah sangat menguntungkan kalau kita dapat menukarkan musuh-musuh external ini menjadi sebahagian daripada pendokong kita. Jika tidak, kita tidak ada pilihan lain melainkan untuk bertarung menegakkan yang hak dan menewaskan yang batil.
Ada satu lagi bentuk musuh yang sering menggagalkan usaha perjuangan kita atau paling tidak merencatkan perkembangan sebuah perjuangan, itulah dia pertarungan menentang musuh internal. Musuh internal ini boleh jadi sesama Muslim atau dalam diri seseorang muslim itu sendiri. Terdapat ramai orang yang dipandang Muslim pada hari ini tetapi hakikatnya munafik. Mereka ini tak ingin melihat Islam itu menang. Mereka hanya memikirkan kepentingan diri sendiri sepanjang masa. Jika mereka tidak mendokong Islam itu satu hal, bahkan mereka turut memusuhi gerakan Islam.Golongan ini harus dihadapi dengan penuh hati-hati dan teliti. Jangan sampai kita terjerat dalam niat jahat mereka dan jangan sampai pula kita tergolong daripada mereka.
Terdapat juga Muslim yang mendokong gagasan, idealisme dan fahaman daripada musuh-musuh Islam. Ini juga merupakan elemen musuh internal yang mampu menggagalkan atau membantutkan sebuah perjuangan. Susah untuk dikenalpasti kadangkala kerana mereka ini terlalu licik dalam menyembunyikan niat jahat mereka. Mungkin kita pelik kenapa mesti ada Muslim sebegitu. Tetapi itu memang terjadi. Ini berlaku kerana mereka tidak memahami Islam secara syumul dan sentiasa berfikir tentang kehidupan dunia. Selagi keperluan duniawi mencukupi, ditawarkan dengan kemewahan dunia yang melimpah-ruah, agamapun sanggup digadai.
Na’udzubillah…
Serangan internal dari dalam diri seseorang Muslim pula datang dalam bentuk godaan hawa nafsu. Banyak keinginan kita yang sebenarnya terlalu melampau jika direlatifkan kepada kehidupan seorang Muslim yang sepatutnya. Oleh itu, adalah satu bentuk serangan jika apa yang kita inginkan itu dapat membantutkan perjuangan. Keinginan kita untuk sentiasa berada dalam zon selesa dan lesu daripada perjuangan adalah bentuk musuh internal yang amat bahaya dan mengundang kehancuran Umat. Bukan sedikit daripada kalangan kita yang selesa bersantai-santai dan dalam masa yang sama mengharapkan pertolongan datang daripada langit. Golongan ini tidak memusuhi perjuangan, tetapi mereka selalu tewas dengan keinginan yang tidak patut dipenuhi. Ketika para sahabat ada yang tersilau dengan kenikmatan dunia dan merasa berat untuk berjuang, Allah menurunkan ayat:
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah: 195)
Ingatlah baik-baik bahawa membiarkan diri santai-santai, berada dalam zon selesa tanpa perlu berjuang, berkorban adalah satu perbuatan menjatuhkan diri sendiri ke dalam kebinasaan! Dalam ayat yang lain, Allah menempelak golongan yang ingin bersenang-lenang dan tidak mahu berjuang:
“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.” (At-Taubah: 38)
Bahkan Allah memerintahkan agar kita tetap berjuang baik dalam keadaan ringan mahupun berat:
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” (At-Taubah: 41)
Persiapan Menghadapi Musuh
Allah mengarahkan kita untuk membuat persiapan bagi menghadapi segala bentuk musuh-musuh ini. Firman Allah:
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya.Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” (Al-Anfaal: 60)
Dalam perbincangan di atas kita sudah melihat bentuk serangan external dan internal yang saya maksudkan. Sekarang mari kita buat analisis, apakah bentuk kekuatan yang perlu kita bina untuk menghadapi kedua-dua bentuk serangan ini? Adakah cukup sekadar kekuatan external berupa material atau kekuatan internal berupa akidah yang mantap? Kita tahu jawapannya, tapi kita buntu bagaimana untuk merealisasikannya. Kekuatan internal kita terlalu lemah dan seringkali kita mementingkan kekuatan luaran. Pernahkah anda terfikir begitu?
Memang ya, kerana hakikatnya kita tidak mempunyai kekuatan internal yang cukup hebat untuk menghadapi segala bentuk serangan external. Hati kita jauh daripada Allah. Ruh kita sepi daripada inspirasi Ilahi. Mungkin kita mampu bertakbir, melaungkan kata-kata perjuangan tatkala Islam ditentang, namun jiwa kita sepi daripada semangat juang. Hati kita dikuasai oleh kenikmatan dunia dan tak ghairah untuk membawa perubahan besar dalam masyarakat. Maka tidak dapat tidak, kita perlu melalui jalan tarbiyah.
Ya, hanya tarbiyah merupakan jalan keluar bagi membina kembali kekuatan internal kita, baik kekuatan yang dimiliki oleh Muslim secara keseluruhannya atau kekuatan yang dimiliki oleh setiap individu Muslim. Jika tidak, kita akan terus menerus diserang daripada external, lalu kita pun menggunakan kekuatan external untuk cuba menangkisnya, dan setiap kali itulah kita gagal. Hakikatnya, perjuangan Islam yang kita bawa sangat memerlukan kekuatan internal yang ditarbiyah kerana itu sahaja yang mampu membuatkan kita teguh, istiqamah, dan bertahan dalam dakwah, dalam melalui setiap inci perjuangan. Kita boleh menafikan tarbiyah kalau kita nak, tapi realitinya, kita lihat sendiri. Boleh anda buktikan bahawa kita sudah memiliki kekuatan internal yang cukup dan tidak perlu tarbiyah untuk menghadapi segala bentuk musuh internal dan external? Jika tidak, maka tarbiyah adalah satu-satunya jalan keluar kepada permasalahan ini. Rasulullah telah mentarbiyah generasi awal Islam selama 13 tahun di Mekah. Generasi inilah yang sedikit jumlahnya tetapi menjadi tunjang kepada perkembangan Islam dan menjadi barisan pertahanan yang paling ampuh saat Islam ditentang.
Sekarang saya kaitkan pula dengan serangan yang dilakukan oleh Israel terhadap kapal yang dalam perjalanan ke Gaza pada 31 Mei 2010, adakah itu satu bentuk serangan external atau internal? Bagaimanakah kita menghadapinya? Adakah laungan semangat kita lahir daripada kekuatan internal atau hanya terhenti di kerongkongan? Selepas isu ini berlalu, adakah kita masih mampu istiqamah menyedari bahawa Palestin umumnya, dan Gaza khususnya dalam bahaya? Adakah kita akan istiqamah berjuang membina kekuatan Umat Islam agar kita dapat mempertahankan diri tatkala diserang pada masa akan datang? Atau mungkinkah kita akan terus menyumbang wang untuk rakyat Palestin demi perjuangan mempertahankan tanah milik Umat Islam? Apakah kita akan terus membaca dan mengambil tahu tentang isu Palestin daripada semasa ke semasa demi menyedarkan diri bahawa perjuangan belum selesai?
Tidak! Tanpa tarbiyah, kita Cuma berbicara kosong, berangan-angan kosong, dan sentiasa melaung-laung dengan dalaman yang kosong. Bukan tak boleh berbicara, bukan tak boleh melaungkan takbir, bukan tak patut kita membina kekuatan external, tapi biarlah ia lahir daripada kesedaran yang mendalam daripada hati. Biarlah internal dan external itu saling bersangkut di mana internal menjadi asas dan external menjadi hasilnya.
Wahai Umat Islam, marilah kita kembali kepada dasar pembinaan, TARBIYAH.Apa itu tarbiyah? Persoalan ini saya hentikan dulu di sini untuk memberi ruang kepada anda berfikir dan menghadam apa yang telah saya sampaikan. Kita akan bertemu jawapan jika kita serius dan bersedia untuk merubah dunia! Carilah, nescaya kau akan ketemu..
Wallahua’lam dan salam perubahan.

Comments
Post a Comment
Apa pandangan anda? Kongsikan bersama pembaca yang lain.