Mencari Cinta Sebalik Ramadhan
"Dan di kalangan manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah sebagai tandingan yang mereka cintai sepertimana mereka mencintai Allah. Dan orang-orang beriman itu amat sangat cintanya pada Allah…” (Al-Baqarah: 165)
Semua orang menjadi teruja apabila berbicara tentang cinta. Semua orang tahu bahawa cinta itu pelbagai bentuk dan halatujunya dan ia adalah satu perasaan yang sukar untuk dinafikan. Itulah kehebatan Allah dalam mencipta sebuah perasaan yang dinamakan CINTA. Tatkala kita mengetahui bahawa cinta itu dicipta Allah, pernahkah kita terfikir untuk apa ia diciptakan? Atau mungkin kita asyik merasa kenikmatan cinta sehingga kita sendiri lupa ke mana harus ia dihalakan dan apa yang Allah kehendaki daripada perasaan yang diciptakan tersebut. Kalau tidak kerana cinta, hidup kita entah bagaimana. Namun, kerana cinta juga, boleh jadi hidup kita ENTAH KE MANA.
Cinta itu Suci
Bertitik tolak daripada cinta seorang Tuhan kepada hamba-Nya, terciptalah Adam dan Hawa. Cinta Adam dan Hawa melahirkan keturunan manusia yang mewarisi bumi ini. Kerana cinta ibu dan ayah, kita lahir ke dunia dan menikmati kehidupan ini. Kerana cinta seorang Rasul kepada Umatnya, kita hidup hari ini berbekalkan nikmat Iman dan Islam yang merupakan sebesar-besar nikmat. Kerana cinta pada ilmu membawa Imam Syafi’I merantau demi mendapatkannya. Itulah sedikit sebanyak (masih banyak lagi) gambaran akan sucinya cinta.
Namun, ke manakah cinta kita pada hari ini membawa kita? Apakah kecintaan kita kepada ilmu membawa kita menerobos segala ruang dan peluang untuk menggarap sebanyak mungkin ilmu sebagai bekalan bertemu Allah nanti? Atau cinta kita kepada dunia membawa kita menerobos segala jalan dan haluan ke arah maksiat dan kemungkaran?
Cinta itu suci, kitalah yang telah mencemarinya dengan bersikap zalim, penting diri, sombong, angkuh, jahil, dan tidak meletakkanya pada sasaran yang betul.
Cinta Tanda Kemanisan Iman
Tidak ada cinta yang lebih Agung daripada cinta seorang hamba kepada Tuhan-Nya dan sebaliknya. Cinta kita kepada Allah dan cinta-Nya kepada kita. Satu cinta yang tidak pernah dibiarkan tidak berbalas. Dalam sebuah Hadith Rasulullah ada mengisyaratkan 3 tanda-tanda yang menunjukkan seseorang telah mencapai kemanisan iman:
1. Allah dan Rasul paling dicintai berbanding sesuatu yang lain
2. Apabila mencintai sesuatu yang lain, dia mencintainya hanya kerana Allah
3. Dia benci kepada kekufuran sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka
Daripada isyarat yang diberikan oleh Rasulullah dalam hadith tersebut, kita perlu memahami bahawa cinta pada Ilahi tidak menidakkan cinta kepada selain-Nya. Bahkan, semua cinta lain adalah demi menggapai cinta-Nya. Begitulah letaknya keagungan cinta Ilahi yang menjadi nukleus kepada perkembangan cinta kepada selain-Nya. Kerana cinta pada Ilahilah kita mencintai Rasul dan para nabi, Ulama’ dan guru-guru, ibubapa dan kawan-kawan seperjuangan. Sungguh suci dan sungguh bererti.
Pencinta Sejati
Ramadhan datang dan pergi saban tahun. Madrasah ini melahirkan produk-produk berupa insan yang semakin tinggi imannya dan semakin dalam cintanya, pada Tuhan sekalian alam. Mereka merasa nikmat cinta yang luar biasa saat orang kebanyakan tidak memahami keindahan cinta pada Robbnya. Cinta agung itu terasa semakin hangat dan indah saat mereka merintih di malam hari mengadu kepada sang Pencipta, lalu hanyut dalam kedamaian jiwa saat membaca kalam Tuhannya. Setiap langkah yang dilalui tak terasa keseorangan, setiap kata yang keluar dari mulut mereka menjadi semakin manis untuk didengar dan ditelan. Penglihatan mereka dipelihara dan dijaga daripada perkara-perkara yang terlarang. Apa juga kesalahan yang mereka lakukan, mereka cepat tersedar dan kembali ke pangkal jalan, bertaubat kepada Tuhan sekalian alam.
Inilah produk manusia yang tinggi kualitinya dan teguh peribadinya. Cinta sejati yang mereka rasakan melahirkan kesanggupan untuk berkorban apa juga demi Ilahi. Ia tidak membuatkan mereka pasif, bahkan menjadi semakin produktif. Produktiviti insan-insan ini tidak berakhir dengan perginya Ramadhan, namun kesinambungannya terlihat sepanjang kehidupannya. Begitulah saban tahun semakin dalam cinta mereka pada Robbnya, dengan Ramadhan sebagai pencetus peningkatan rasa cinta pada Ilahi. Terpaku dan terpahat di sudut hati. Bahkan produktiviti mereka juga semakin baik.
“…dan orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah…” (2:165)
Luar Biasa Cinta Ilahi
Semua orang ingin mencintai dan dicintai. Cinta yang pasti berbalas daripada Ilahi adalah suatu nikmat yang tidak ternilai dengan apa jua. Cinta agung yang bisa membuatkan kita menjadi luar biasa dalam kehidupan di tengah masyarakat yang ketandusan cinta dalam ertikata yang sebenar. Kadang-kadang cinta itu indah bila dilampiaskan kepada manusia namun keindahannya akan pudar jua. Akan tiba masa benda yang dicinta pergi meninggalkan kita. Namun, Allah yang kita cintai takkan pernah musnah dan hancur. Dia sentiasa hidup dan tidak mati. Dialah yang paling besar dan paling agung, paling berkuasa dan pentadbir sekalian alam. Firman Allah yang bererti:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)
Bayangkan kita bersedia menjawab panggilan bila si kekasih hati memanggil. Namun setelah sekian lama masih juga tiada panggilan, lantas kita menjadi kecewa dan tidak lagi berminat untuk menjawab panggilannya di masa hadapan, atau mungkin kita sudah ada kekasih hati yang lain. Ingatlah, Allah sentiasa menunggu untuk kita membuat panggilan kepada-Nya melalui doa-doa yang khusyuk dan ikhlas, namun kita tak juga memohon kepada-Nya. Namun, Allah akan terus menerima panggilan kita andai suatu hari kita teringat dan mengadap-Nya dengan penuh ikhlas. Itulah luar biasa cinta Ilahi, kasih yang tak pernah terbanding dengan cinta manusia yang cepat pudar dan mungkin tak berbalas! Biar berkali-kali kita membuka lembaran dosa, Dia sentiasa bersedia mengampunkan. Biarpun Dia kita pedulikan, Dia tak pernah bakhil untuk memberikan kita makan dan hidup di bumi-Nya. Biarpun agama-Nya kita hina dan kita abaikan, dia tak pernah menahan kita daripada terus bernafas menghirup udara-Nya. Agung…Sungguh Agung cinta Ilahi!
“Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (An-Nuur,24: 35)
Temukan cinta sejatimu
Ramadhan itu datang dengan penuh erti buat mereka yang tahu menghargai. Ia adalah satu perangsang kepada hati untuk semakin dekat kepada Ilahi, dan perangsang manusia menggapai cinta sejati. Bukan hanya sepanjang Ramadhan, tetapi momentum tadi terus dibawa hingga melepasi Ramadhan dan dihangatkan lagi menjelang Ramadhan seterusnya. Carilah cinta sejati yang akan membawa kita melayari kehidupan yang lebih bererti dan lebih terisi. Jangan sampai kita dikaburi dengan cinta yang merosakkan hidup dan memusnahkan matlamat dan cita-cita.
Temukan cinta di sebalik Ramadhan!
Bagaimana?
1. Banyakkan membaca Al-Quran dan mentadabburinya
2. Bangun malam dan merintih sepenuh hati
3. Mengisi masa lapang dengan Zikrullah
4. Memberikan tazkirah kepada orang lain untuk sama-sama mencintai Allah.
5. Menjauhi segala perkara yang dibenci Allah
6. Mendekatkan diri dengan orang-orang soleh
7. Mengelakkan bicara yang sia-sia dan menimbulkan pertengkaran
8. Membanyakkan sedekah untuk mengikis cinta pada harta
9. Dan lain-lain lagi…Fikir-fikirkan

Comments
Post a Comment
Apa pandangan anda? Kongsikan bersama pembaca yang lain.