Ikhlas Sepanjang Perjalanan
Apa juga amal, baik yang kecil mahupun besar, niat yang ikhlas tak pernah terpisah daripada syarat diterima amal tersebut oleh Allah. Demikian Rasulullah SAW menekankan persoalan ini dalam hadith, “Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya, dan bagi setiap amal apa yang ia niatkan...”, supaya Umat Islam sentiasa segar dalam niat Ubudiyyah kepada Allah. Hanya kerana Allah dan untuk Allah. Banyak dalil yang boleh kita cari untuk bercerita tentang niat. Kita bukan berhadapan dengan kekurangan dalil, namun kurang penghayatan. Amal yang kelihatan seperti ibadah boleh bertukar menjadi tidak bernilai dengan niat yang tersasar. Sedangkan amal yang kelihatan kecil dan kurang signifikan di mata manusia, boleh menjadi sesuatu yang amat besar nilainya di sisi Allah dengan niat yang tulus. Solat yang didasari riyak adalah dicela, sedangkan salam dan senyum yang ikhlas untuk menghubungkan silaturrahim kerana Allah itu besar nilainya. Kita harus sentiasa meluruskan niat. Selagi ada ...