Posts

Showing posts from June, 2010

Hidup dan Mimpi

Image
Mimpi adalah sebuah keajaiban. Semalam datang, hari ini menghilang, besok entah akan datang lagi. Kalau mimpi itu indah, kita mengharap ia kembali. Kalau mimpi itu buruk, kita buntu memikirkan makna dan erti. Tatkala kita tertidur, kita bermimpi dan sampai ketikanya, kita terjaga dan terfikir-fikir tentang mimpi yang dialami. Nanti kita tidur lagi, mimpi lagi dan terjaga lagi. Ia menjadi misteri, sampai ke hari ini. Belum ada sesiapa yang bisa meneroka hakikat mimpi yang kita alami saban hari. Belum ada sesiapa yang boleh menentukan apa yang ingin ia mimpikan dalam lenanya. Ia tinggal menjadi misteri, menjadi tanda kekuasaan-Nya. Ia ada, namun tak bisa dijangkau secara nyata. Ia wujud, namun kewujudannya sukar diertikan dalam realiti. Kadang-kadang terjadi mimpi yang tidak pernah terlintas dalam kehidupan biasa. Apa saja bisa terjadi dalam mimpi. Apakah itu menjadi gambaran bahawa apa sahaja bisa diciptakan oleh Allah di SANA nanti? Ya, sesuatu yang tidak pernah terjangkau oleh pemikir...

Hakikat dan Syari'at

Image
Tanpa kulit, inti tak terpelihara. Tanpa inti, kulit tak memberi makna. Hubungan yang seharusnya bersifat sinergistik antara inti dan kulit ini selalu diambil sebagai antagonistik oleh sebahagian daripada kita. Kesannya, ada golongan yang membuang kulit dan ada yang lain membuang inti. Buah durian tak wujud seulas demi seulas di atas pokok, ia diciptakan mempunyai kulit yang berduri manakala kulit durian yang terbuang tanpa ulasnya takkan dipedulikan oleh manusia. Begitulah hakikat ciptaan yang telah Allah pamerkan kepada kita, khususnya buat orang-orang yang berfikir. Kita perlu berlaku adil dalam memberikan fokus kepada kedua-duanya, menyeimbangkan antara inti dan kulit. Perlu kita fahami bahawa seimbang bukan bererti sama rata.

Masa Depan Generasi Muda Islam

Image
Apa yang bakal saya tulis mungkin terlalu idealistik, boleh jadi sukar dihadam oleh para pembaca. Apa yang ingin saya sampaikan bukanlah tentang ungkitan hari semalam, tetapi jangkauan hari esok. Siapa tahu apa akan terjadi pada kita nanti? Ketidakpastian tentang masa depan menjadikan hidup ini sangat mencabar. Kita berjalan di dalam gelap yang kian mencerah hari demi hari. Apa yang kita tidak pasti tentang diri kita 10 tahun yang dulu, kini kita telah mendapat jawapannya. Apa yang kita tertanya-tanya tentang diri kita pada 10 tahun akan datang, kita harus terus berlalu agar jawapan itu kita ketemu. Apa yang kita nampak dan lihat, itu adalah kejadian sekarang. Masa depan tiada siapa yang pasti.

Tarbiyah dan Perjuangan

Image
Pertarungan Internal dan External Seorang Muslim itu membawa sebuah perjuangan yang sememangnya terkandung dalam syahadah yang diungkapkan, diyakini dan diamalkan.Pertarungan yang digalas di bahu seorang Muslim itu adalah sebuah kewajipan yang tidak terpisah daripada kehidupannya. Tahap pertarungan itu semakin bertambah tatkala gelar Muslim itu di upgrade menjadi Mukmin. Tidak ada pertarungan yang tidak bermusuh. Tentu ada musuh, baru ada perlawanan.Maka perlawanan yang sedang kita hadapi adalah melibatkan musuh luaran mahupun dalaman, external dan internal.