Posts

Showing posts from 2016

Tempuh

Tempuh Adalah sebuah kemestian Bagi mereka yang mahu ke depan Tempuh Berbeza laluan bagi setiap insan Asasnya berpaksikan keberanian Menempuh perjalanan tanpa kepastian Apakah impian akan diraih ke genggaman Tempuh Tidak bisa dengan alasan Tidak bermakna dengan separuh jiwa Tidak sepi daripada pengorbanan Tidak putus daripada tentangan Tempuh Biar panjang asalkan tenang Biar sukar asalkan tekad Biar goncang asalkan terus Tempuh Adalah sebuah kemestian Bagi mereka yang ingin bertemu Tuhan Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudah baginya jalan ke SYURGA

Begin with the end in mind

Saya petik ungkapan ini daripada penulis barat, Stephen Covey. Begin with the end in mind. Bagi mereka yang memahaminya, tentu merasakan betapa dalam hikmahnya. Bahawa kita perlu jelas akan tujuan atau matlamat akhir sebelum memulakan langkah awal. Berabad-abad sebelumnya, Umat Islam telahpun diajar bahawa setiap amal tergantung niatnya, bagi setiap orang apa yang ia niatkan (Hadith). Sebuah peringatan yang datang setelah berlalunya sebuah ekspedisi hijrah yang sangat sukar. Walaupun sama-sama menempuhinya, namun matlamat akhir membezakan nilainya. Kejelasan niat dan tujuan akhir sebuah kehidupan itu diterapkan dengan begitu dalam bagi seorang Muslim. Bahawa solatnya, ibadahnya, hidupnya dan matinya adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Bahawa ia akan dihadapkan di hadapan Allah untuk diperlihatkan segala catatan amalnya, tidak terkecuali seorangpun. The end in mind yang menjangkaui the end of life. The end in mind yang dikuatkan dalam dirinya 5 kali sehari, paling kurang. Ap...

Berapa Ramai Orang Yang Hidupnya Sia-sia

Image
Genap sudah usiaku 28 tahun. Hampir separuh umur kalau dianggar berdasarkan rata-rata umur manusia iaitu 60-an. Namun, siapa pula yang menjamin bahawa usia pasti berakhir pada sekitar 60-an? Bila-bila masa sahaja usia ini akan menemui titik hujungnya, noktah. Bahkan di ketika ini, ramai juga temanku di sekolah dan universiti yang telah pergi. Ada yang sakit, lalu bertemu ajalnya. Ada yang lemas di sungai, lalu bertemu ajalnya. Ada yang kemalangan di jalan raya, lalu bertemu ajalnya. Bahkan ada juga yang hilang bersama MH370 dan tidak tahu nasibnya. Ada yang sebaya denganku, ada yang lebih muda dan ada yang lebih tua sedikit. Pokoknya, semuanya pergi secara TIBA-TIBA. Usia bukan hanya angka yang menunjukkan tempoh masa, tetapi ia juga adalah penanda akan pengalaman hidup yang telah semakin bertambah. Seiring bertambahnya pengalaman hidup (Baca: semakin tua), adakah bertambah juga kematangan hidup? Begitu juga seiring jelasnya garis takdir yang telah berlalu, adakah bertambah jelas ...