Posts

Showing posts from 2015

Pelajaran Daripada Pernikahan 12 - Dia Adalah Yang Terbaik Buatmu

Image
Jika kita mencari yang sempurna, kita tak akan pernah berjumpa kerana kesempurnaan bukan sifat manusia. Jika kita mencari yang kekal, kita akan menyesal kerana perubahan adalah sesuatu yang tak dapat disangkal. Begitu juga dalam berumahtangga. Ketika kita telah sama-sama menerima akad untuk menjadi suami isteri yang sah, itulah ketetapan takdir yang jelas untuk kita. Wajib bagi kita untuk mengimani takdir yang baik mahupun yang buruk. Kita telah dipertemukan dan ditetapkan jodohnya, maka tak perlu lagi kita berpusing-pusing mencari yang lain yang lebih baik pada perkiraan kita. Mungkin ada lagi yang lebih baik, tetapi itu bukanlah yang terbaik untuk kita. Syaitan tak akan pernah tenang apabila kita tenang bersama pasangan. Ia akan datang daripada segenap sudut untuk memesongkan kita daripada apa yang seharusnya kita buat. Ada masa ia akan membisikkan agar kita membandingkan kecantikan atau ketampanan pasangan kita dengan orang lain. Pada masa yang lain ia membisikkan rasa penyesa...