Waspada Terhadap Golongan Syaitan (Hizbusy Syaitan)
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Sejarah Bapa Manusia dan Bapa Syaitan Sejak awal diciptakan manusia, Allah SWT telah menunjukkan dalam bentuk yang nyata kepada Nabi Adam AS bahawa musuh utama manusia adalah iblis laknatullah. Babak keingkaran iblis untuk sujud kepada Nabi Adam AS seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT telah menjadi titik tolak penentangan iblis terhadap manusia dan terhadap perintah Allah. Takabbur telah menjadi sifat Iblis yang utama sepertimana firman Allah: “ Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis, ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia daripada golongan yang kafir.” (Al-Baqarah: 34) Tiada siapa yang tahu hakikat kesombongan iblis sehinggalah Allah Yang Maha Mengetahui mencipta situasi sedemikian yang menonjolkan sifat keji iblis tersebut. Sifat yang dominan ini telah dikuatkan lagi dengan ungkapan iblis...