Thoughts

"Hiduplah hari ini dengan penuh bertenaga, jangan terbawa-bawa dengan nostalgia semalam atau terlalu risau dengan masa depan"

"Jangan tunggu besok untuk mengatakan aku ingin menjadi lebih baik. Jangan tunggu seminit lagi untuk bergerak melakukan perubahan ke arahnya."

"Muhasabah walaupun seketika mampu mengubah kesalahan yang telah dilakukan sekian lama"

“Semakin engkau berusaha mencari kesempurnaan makhluk, semakin banyak kelemahannya yang akan kau temui”

"Di mana ada kemahuan, di situ ada mujahadah, akan dibukakan jalan”

“Adalah sesuatu yang hebat jika kita menjadi hebat, adalah lebih hebat jika kita melahirkan orang hebat!”

"Selagi engkau belum berani, berhadapanlah dengan ketakutanmu. Itu akan membuatkan kau lebih berani.”

“Semua orang akan menjadi penting kalau tiada orang mementingkan diri sendiri”

"Ramai orang baik, tapi tak ramai orang boleh istiqomah dalam kebaikan. Kita macam mana?”

"Pasti sentiasa tiba saat kita harus membuat pilihan, dan mengambil keputusan. Kita tidak ada pilihan melainkan untuk membuat pilihan. Tidak mahu memilih adalah satu pilihan. Makanya, harus berani membuat keputusan”

“Sekeji mana kau rasakan dirimu, keampunan Allah tersangat luas untuk kau raih.”

“Bagaimanakah mungkin pena setajam pedang kalau hati sehitam arang?”

“Peliharalah pandanganmu, nescaya Allah memelihara hatimu.”

“Sometimes it is hard for you to say something that you must say.”

”It is hard when people do not believe you. It is harder when you do not believe yourself”

“Mengapa dirimu terlalu kikir meluangkan waktu untuk menyampaikan risalah Allah sedangkan Dia yang memberimu waktu?”

”Kebaikan tu banyak. Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua. “Ah, ramai orang dah buat, malaslah aku nak buat!”. Kalau ramai orang nak masuk syurga, tak nak masuk syurga sekali?”

“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan sebenar-benar kembali. Mohonlah kepada-Nya dengan sebenar-benar pohon. Adakah selain Dia yang akan memenuhi segala hajatmu?”

“Penantian itu satu penyeksaan…namun, rentang waktu yang berlalu boleh menjadi sebahagian daripada rawatan untuk hati andai dijaga dengan baik.”

“Kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan sesuatu untuk terus melangkah ke depan. kadang-kadang kita kena berundur setapak untuk memacu langkah…Namun, selalunya kita tak sanggup berkorban dan takut berundur sejenak demi kebaikan.”

“Sesuatu itu berat sebelum diluahkan, dan belum tentu ringan setelah diluahkan. Mungkin ringan bagimu, tapi berat bagi orang lain.”

“Apabila engkau bermusyawarah, ia akan membuka untukmu satu sudut pandang yang engkau tak pernah terfikir sebelumnya. Oleh itu, bermusyawarahlah dengan orang-orang soleh.”

“Merintih di hadapan Allah menguatkan kita di tengah manusia, merintih di hadapan manusia merendahkan kita di hadapan Allah”

“Kalau tak ada istilah takut, takkan wujud istilah berani. Begitu juga takkan wujud istilah kuat tanpa istilah lemah. Orang yang berani bukan tidak pernah merasa takut, tapi mereka mampu mengatasinya dan berhadapan dengannya. Orang yang kuat bukan tidak pernah terasa lemah, tapi kekuatan mereka mengatasi kelemahan mereka.”

“Orang yang merasa manisnya kebenaran akan menyuarakannya, namun hanya orang yang sanggup menelan kepahitannya akan mempertahankannya.”

“Orang yang tak tahu menghargai tak layak menuntut penghargaan, apatah lagi jika yang tidak dihargainya itu adalah ibubapanya sendiri.”

“Sekalipun engkau membenci seseorang, janganlah lukai hatinya kerana kelak lebih ramai yang akan terluka.”

Popular posts from this blog

Nasihat Adik beradik

Bila Ibadah Hilang Manisnya

Ciptaan Agung: Jantung Yang Sentiasa Berdegup