Posts

Showing posts from September, 2012

Garis-garis Takdir Kehidupan

Image
Setiap orang mempunyai garis takdirnya sendiri yang telah tertulis sejak azali. Sebelum sesuatu terjadi, tak siapa tahu tentang apa yang bakal menimpa dirinya. Apatah lagi untuk mengetahui tentang ketentuan orang lain. Kita sentiasa ingin tahu tentang kejadian yang akan datang dalam hidup kita, sedangkan kita tak mungkin tahu kerana ia adalah perkara ghaib yang tersembunyi dalam ilmu Allah. Keinginan manusia yang tinggi untuk mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa depan terbukti dengan terhasilnya filem-filem yang cuba menggambarkan kemampuan menilik masa depan. Lama dulu, kita pernah menonton cerita Back To The Future . Banyak lagi filem-filem yang menggambarkan keadaan masa depan yang hanya berlandaskan kepada imaginasi yang fana. Di satu sudut lagi, terdapat begitu banyak sang bomoh penipu yang menilik nasib yang bakal menimpa seseorang sedangkan si bomoh sendiri tidak pasti apa yang akan terjadi pada dirinya pada esok hari.  Hakikatnya, hanya Allah yang menge

Mengemudi Bahtera Pernikahan

Image
Di sebalik akad yang satu, ada cinta yang terpatri dalam wilayah yang dihalalkan Ilahi. Ada janji yang dimaterai kukuh. Pernikahan adalah sebuah fenomena yang sudah wujud sejak azali demi menyatukan dua hati. Lalu bahtera pernikahan itupun berlayar meninggalkan zaman bujang di belakang bersama segala suka duka yang dilalui, menuju ke sebuah destinasi cinta abadi. Suami yang bertanggungjawab memimpin perjalanan bahtera ini, baik ketika air tenang membelai atau gelora datang membantai. Suami yang diberi amanah, dilantik menjadi nakhoda yang harus bertanggungjawab pada segala yang akan dilalui oleh bahtera ini. Di sebalik akad yang satu, ada sebuah peristiwa besar yang bersejarah. Ada jangkaan peristiwa masa depan yang bakal menggugah. Sang suami, harus membawa bahtera ini menuju ke destinasi dengan selamat. Pernikahan bukan untuk meraikan pemilikan. Kita tidak memiliki pasangan kita kerana kita tak berkuasa menahan dia daripada diambil Ilahi. Ketentuan sang isteri bukan tertulis d

Kekecewaan Adalah Aset Kebahagiaan

Image
Dalam perjalanan hidup ini, pasti ada perkara-perkara yang mengecewakan kita. Baik kekecewaan yang besar mahupun kecil. Baik yang digambarkan dengan tindakan atau hanya disimpan dalam lubuk hati yang paling dalam. Ia adalah sebuah proses kehidupan. Jatuh adalah perkara biasa yang dialami oleh seorang budak yang sedang belajar berjalan. Kekecewaan ibarat sebuah lompong dalam hati kita. Semakin dalam dan perit kekecewaan yang kita hadapi, sebenarnya semakin besar lompong-lompong yang boleh kita isi dan ganti dengan kebahagiaan. The deeper you are hurt, the bigger the space for happiness to be filled in your life. Ada perkara besar yang berlaku dalam hidup seseorang tetapi tidak membuatkan dia begitu kecewa. Sebaliknya, ada perkara kecil sahaja yang berlaku dalam hidup seseorang yang lain yang membuatkan dia merasa sangat kecewa dan terkesan. Sebenarnya, bukan kejadian atau fenomena yang menentukan tahap kekecewaan yang akan kita hadapi, tetapi keadaan hati kita yang akan menentukan s

Pergilah Buah Hatiku

Pergilah buah hatiku merdekakan jiwamu dari cinta hamba suburkan jiwamu dengan cinta-Nya binalah jiwa-jiwa yang merdeka yang tenang dalam dakapan kasih-Nya di bawah lembayung rahmat-Nya Walaupun aku rindu padamu umat mendambakan sentuhanmu cinta yang subur di hatimu tak harus kusekat untuk diriku sendiri bertebarlah engkau di muka bumi menyebar benih cinta Ilahi menghidupkan jiwa-jiwa para pencinta Semoga generasi yang bakal lahir adalah generasi suci daripada rahim perjuangan yang lahir bersama suburnya pengorbanan yang hidup bersama mekarnya pengabdian sebagai bukti cinta kita bersama pada Yang Esa pada risalah mulia Redhaku bersamamu dalam tiap butir kata yang kausampaikan tiap bait cinta yang kau tebarkan tiap kerinduanmu yang kausimpan tiap langkah yang kau ayun walau payah doaku mengiringi pemergianmu Walau kita berjauhan selalu cintaku tak goyah padamu terasa kau sentiasa bersama dalam satunya matlamat dan cita-cita dalam satunya tujuan dan dest

Menanamkan Kemahuan Yang Kuat

Image
Peringatan daripada Allah cukup sempurna dan lengkap, tinggal lagi kita yang tidak mahu memerhatikan dan mendekati kebenaran yang diturunkan. Apabila diajak untuk bersama-sama memerhatikan dan mengambil pelajaran, ada golongan yang enggan dan tidak mahu. Adakah kita termasuk dalam golongan itu? Ada pula suara-suara yang berbunyi di belakang, "aku bukan taknak kebaikan ini, tetapi ustaz-ustaz yang aku jumpa semua tak berkaliber, tak mencapai tahap guru yang aku harapkan." Tak kurang ada yang berbunyi, "kalau mereka ajak aku sungguh-sungguh, sudah tentu aku nak ikut" , "malaslah aku nak sertai kumpulan-kumpulan baik ini, aku tak layak. Nantilah, bila ada orang yang sesuai dengan aku, aku ikutlah." Hidup kita ini tidak panjang, singkat. Kematian itu sangat dekat. Jika ditakdirkan tiba-tiba kita dicabut nyawa oleh Allah, adakah alasan-alasan di atas berguna untuk menjadi benteng diri kita di hadapan Allah? "Ya Allah, bukan aku taknak ikut peringatan-M