Posts

Showing posts from February, 2012

Kembalilah Kepada Asolah Dakwah

Image
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, yang telah mempertemukan kita dengan jalan dakwah yang indah. Segala puji bagi Allah, yang telah memilih kita untuk berada dalam sistem tarbiyah yang penuh barokah. Segala puji bagi Allah, yang telah memberikan petunjuk kepada kita melalui tangan para da’i dan murobbi yang tak kenal lelah. Jalan dakwah ini satu, jalan yang dilalui oleh para nabi, para da’i terdahulu, dan kita berjalan dengan rahmat dan taufiq daripada Allah. Begitulah pesan Sheikh Mustafa Masyhur. Ayyuhal ikhwah, jika bukan kerana Rahmat Allah, di manakah kita sekarang? Mungkin kita akan turut larut dalam masyarakat yang penuh dengan kecelaruan dan takkan pernah dapat keluar daripadanya. Dunia ini bukan hancur semata-mata kerana kerosakan yang ditebarkan oleh orang-orang yang ingkar, tetapi kerana berdiam dirinya orang-orang yang soleh. Adakah kita mengharapkan perubahan dan pembinaan umat itu dipelopori oleh orang-orang yang tidak faham dan tidak ingin Islam itu